SEJARAH KAMPUNG
Penduduk kampung Bahagia terdiri daripada suku kaum Murut Paluan atau lebih dikenali sebagai Turung Lair (Penduduk Lama) dan juga Suku Kaum Murut Tagol Pensiangan. Pada asalnya penduduk Kampung Bahagia yang berbangsa Murut Tagol berasal dari Kampung Siatu, Ketindan, Piawon, Tumalasak, Sumantakawan, Ketuntul dan Tambuluyon Pensiangan. Pada tahun 1968 ,Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Datuk Mustapha Harun Kerajaan USNO berbincang dengan pemimpin-pemimpin suku kaum Murut Tagol Pensiangan, K.K Angail bin Mantaub dan Ketua Kampung Penduduk lama K.K. Tambangan B.Baukum.
Ketua Menteri Sabah Allahyarham Tun Datuk Mustapha Harun mencadangkan untuk membuat satu penempatan Skim bagi penduduk Suku Kaum Murut Tagol dan penduduk lama Murut Paluan. Sebab-sebab beliau memindahkan masyarakat Suku Kaum Murut Tagol di penempatan Skim Nabawan adalah disebabkan jalan perhubungan terlalu jauh dan sukar untuk dimajukan kerana kawasan tidak begitu luas dan dikelilingi oleh bukit bukau.Allahyarham Tun Mustapha Harun juga menjanjikan tambang perjalanan setiap keluarga yang bersetuju untuk berpindah akan ditanggung oleh kerajaan USNO. Selain itu juga, Beliau memaklumkan kepada pemimpin-pemimpin Suku Kaum Murut Tagol Pensiangan beliau menyediakan kemudahan untuk masyarakat seperti rumah penduduk, sekolah, klinik, pinjaman wang, Pejabat Daerah, Balai Polis. Pejabat Lembaga Padi, Lot Tanah sawah, Lot Tanah Skim dan Pejabat Pendaftaran.
Tahun 1970 bermulanya perpindahan keluarga suku Kaum Murut Tagol Pensiangan ke penempatan baru iaitu Kg.Satu,Kg.Dua,Kg.Tiga dan Kg Empat.Pada Tahun 1972,Pegawai Lembaga Padi Sabah, Tuan Gubol berbincang kepada pemimpin-pemimpin kampung bahawa nama kampung ini ditukar mengikut nama-nama benih padi yang dibahagikan kepada keempat-empat Kampung iaitu Kg.Satu ditukarkan kepada Kg.Bahagia, Kg.Dua ditukarkan kepada Kg.Riah, manakala Kg.Tiga dan Kg.Empat masing-masing ditukarkan kepada Kg.Malinja dan Kg.Murni.
Pada Tahun 1970 juga Kg.Bahagia pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kampung Bahagia A dan Kampung Bahagia B,Nabawan. Kampung Bahagia A adalah terdiri daripada suku kaum Murut Paluan atau lebih dikenali sebagai Turung Lair (penduduk lama) yang diketuai oleh Ketua Kampung Tambangan B.Baukum manakala Kampung Bahagia B pula terdiri daripada suku kaum Murut Tagol Pensiangan yang diketuai oleh Ketua Kampung Angail B.Mantaub.Walaupun kedua-dua Kampung ini berlainan suku kaum namun kedua-dua pihak Ketua Kampung dan masyarakat dapat bersatu menjadi satu keluarga bahagia
Pada Tahun 1985,Ketua Kampung Angail B.Mantaub telah menghembuskan nafas terakhir dan jawatan Ketua Kampung diturunkan kepada anak buahnya iaitu KK.Angkaus B.Ansawang. Beliau menggantikan Ketua Kampung yang lama dan menjalankan tugas sebagai ketua kampungyang baru. Pada 1995, Penduduk Kg.Bahagia B semakin ramai dan beliau memohon kepada Pihak Kerajaan agar Kampung Bahagia B dipecahkan menjadi dua Kampung dan wujudnya Kampung Bahagia C, Nabawan.Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Pada Tahun 1996 pihak kerajaan menaruh harapan dan kepercayaan melantik KK.Kawa B. Simbulan sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK En. Baluah B. Lumbis
Sikap bersatu-padu dan kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat Kampung Bahagia ini membawa kepada keamanan, kemakmuran dan seterusnya memenangi beberapa anugerah Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Nabawan, tempat pertama Gerakan Desa Wawasan pada tahun 2007 dan tempat ketiga Gerakan Desa Wawasan pada tahun 2003.