KEMUDAHAN ASAS
MASJID AL-HUDA KG.BAHAGIA, NABAWAN
Masjid Al-Huda terletak di kampung Bahagia dan berada di kawasan Pusat Internet Kg. Bahagia. Masjid Al-Huda menjadi kunjungan penduduk kampung untuk menunaikan solat secara berjemaah. Selain itu, surau juga dijadikan tempat mengadakan majlis-majlis ilmu. Imam Qariah bagi Masjid Al-Huda ialah Abdul Karim Bin Ampakot dan Imam Rawatib ialah Mohammad Bin Aing dan Imam Judin Bin Asok.
Gambar:

DEWAN MINI GDW KG.BAHAGIA, NABAWAN
Dewan Mini GDW Kg. Bahagia terletak di Kampung Bahagia. Dewan Mini ini menjadi tumpuan penduduk kampung Bahagia dan penduduk setempat sebagai tempat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mesyuarat, mengadakan majlis jamuan makan, majlis perkahwinan, kursus dan juga aktiviti sukan seperti badminton. Dewan Mini GDW Kg. Bahagia juga dilengkapi dengan bilik persalinan, dan juga tandas.
Gambar:
DEWAN MINI GDW KG.BAHAGIA, NABAWAN

TANDAS AWAM

BILIK GERAKAN GDW KG. BAHAGIA
Bilik Gerakan GDW Kg. Bahagia terletak di belakang Mini Dewan. Bilik Gerakan GDW digunakan oleh penduduk kampung sebagai tempat mesyuarat. Selain daripada itu, Bilik Gerakan GDW juga digunakan sebagai tempat memasak sekiranya ada majlis dilangsungkan di Mini Dewan.
Gambar:

BALAI BUDAYA KG. BAHAGIA, NABAWAN
Balai Budaya Kampung Bahagia terletak bersebelahan dengan padang bola. Balai Budaya biasanya digunakan oleh penduduk setempat sebagai tempat untuk mesyuarat selain daripada aktiviti-aktiviti kebudayaan. Balai budaya juga dilengkapi dengan “Lansaran” seperti yang terdapat di rumah panjang Murut. Penduduk kampung juga boleh menggunakan bangsal sebagai tempat melangsungkan perkahwinan dan juga sebagai tempat penginapan bagi rombongan pengantin yang berasal dari luar Kampung Bahagia.
Gambar

ASTAKA DAN PADANG BOLA KG.BAHAGIA
Padang bola Kg. Bahagia terletak berdekatan kawasan Mini Dewan. Padang bola selalu menjadi tumpuan anak muda untuk bermain bola di sebelah petang. Selain itu, padang bola Kg. Bahagia juga akan menjadi tumpuan orang ramai terutamanya apabila ada anjuran pertandingan bola sepak antara kampung. Pihak Sekolah Kebangsaan Kg. Bahagia juga menjalankan sukan tahunan di padang bola Kg. Bahagia. Astaka telah dibina sebagai tempat duduk pengunjung dan juga menjadi pentas penerimaan hadiah bagi acara yang dilakukan di padang bola Kg. Bahagia.
Gambar:


TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kg. Bahagia telah disediakan dengan taman permainan kanak-kanak yang bersebelahan dengan astaka. Taman permainan kanak-kanak menjadi tumpuan kanak-kanak Kg. Bahagia pada waktu petang dan juga hujung minggu.
Gambar:

GELANGGANG BOLA TAMPAR
Gelanggang bola tampar telah dibina pada tahun 2012 untuk kemudahan penduduk kampung. Terdapat dua gelanggang bola tampar di Kampung Bahagia. Gelanggang bola tampar biasanya menjadi tumpuan penduduk kampung tidak kira usia dan jantina kerana permainan bola tampar diminati oleh semua lapisan masyarakat.
Gambar:

BALAI RAYA
Balai raya telah dibina pada tahun 2012. Ini merupakan satu projek yang dilaksanakan atas permintaan Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Bahagia. Dengan adanya balai raya, ianya memudahkan ahli jawatankuasa dan penduduk kampung mengadakan mesyuarat. Selain itu, Balai Raya juga boleh digunakan untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan.
Gambar:
PERHENTIAN BAS
Perhentian bas Kampung Bahagia terletak di persimpangan kampung Bahagia. Perhentian bas digunakan oleh penduduk kampung untuk menunggu kenderaan ke Pekan Nabawan ataupun Keningau.
Gambar:

PONDOK TELEFON
Pondok telefon telah dibina di Kampung Bahagia pada tahun 2003. Pondok telefon sangat penting kepada penduduk kampung sebagai alat perhubungan walaupun pada masa kini hampir setiap isi rumah mempunyai telefon bimbit.
Gambar:
