KEUSAHAWANAN
| Nama | : Junainih @ Marianih Binti Ebit |
| Umur | : 32 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Junainih @ Marianih Ebit merupakan ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak Tahun 2014. Beliau menjalankan perniagaan Mobile SPA TWB.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, Puan Junainih @ Marianih kurang pengetahuan pengunaan komputer. Sebelum penglibatan di Pusat Internet, beliau tidak tahu cara membuka akaun emel dan cara mempromosi perniagaan beliau melalui internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan hasil produk beliau melalui blog dan Whatsapp dan akan datang akan mempromosikan di Facebook. Beliau juga mendapat tempahan daripada penduduk luar sekitar Kg. Bahagia. Pendapatan Puan Junainih @ Marianih boleh mencecah RM 1000 sebulan.