Kampung Bahagia merupakan salah satu kampung yang mempunyai pelbagai suku kaum murut yang tinggal di kawasan kampung ini. Di sebabkan dengan adanya pelbagai suku kaum yang tinggal di kampung ini maka wujud pelbagai bidang keusahawan yang dijalankan. di kawasan kampung ini terdapat klinik kesihatan dan sekolah rendah serta di sediakan pondok khas berdekatan dengan sekolah rendah untuk menjual pelbagai barang dari kuih muih, makanan hingga sayur-sayuran.
Salah satu bidang keusahawanan yang baru di ceburi bagi penduduk di kampung bahagia pada masa kini ialah ternakan ikan dalam kolam. Datuk Taimin adalah salah seorang usahawan yang sangat serius dalam perniagaan ternakan ikan dalam kolam yang mana ikan ini akan dijual mengikut permintaan di daerah Nabawan serta beliau juga menjalankan aktiviti pertandingan memancing.