mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Pn Chen Tek Kun

MENJAHIT PAKAIAN DAN MENJAHIT PAKAIAN MANIK TRADISIONAL MURUT 

Nama : Chen Tek Kun
Umur : 40 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Chen Tek Kun merupakan ahli pusat internet kg. Bahagia sejak 11 disember 2014. Beliau menjalankan perniagaan menjahit pakaian dan menjahit manik pakaian tradisional murut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan kemudahan berkaitan dengan ICT, puan Chen Tek Kun kurang pengetahuan pengunaan berkaiatan komputer dan cara mempromosi melalui internet. Puan Chen Tek Kun juga mendapat tempahan daripada penduduk sekitar Kg. Bahagia sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pusat internet kg. Bahagia, Beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan hasil produk beliau melalui whatsapp dan juga mempromosikan di facebook. Beliau juga mendapat tempahan daripada penduduk luar sekitar Kg. Bahagia. Pendapatan Puan Chen Tek Kun boleh mencecah RM 2000 sebulan.