mcmc
JKKK

Jkkk

JKKK

Kampung Bahagia terbahagi kepada 3 kampung iaitu A, B dan C.   Setiap kampung mempunyai Ahli Jawatankuasa JKKK masing-masing. Ini bermaksud terdapat tiga pengerusi JKKK bagi Kampung Bahagia.

PERANAN DAN FUNGSI JKKK

  1. JKKK sebagai badan perancang penentuan stategi dan pelaksanaan program-program atau projek-projek pembangunan di dalam kampung.
  2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek-projek pembangunan di dalam kampung
  3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program-program dan projek-projek pembangunan di dalam kampung.
  4. JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program-program dan projek-projek pembangunan di dalam kampung.
  5. JKKK adalah sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat kampung yang melaporkan segala musuh Negara seperti anasir-anasir komunis, subersif, anti national, kremasukan pendatang haram, penyeludupan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama kepada pihak berkuasa atau pegawai daerah.
  6. JKKK adalah sebagai badan perantaraan/perhubungan dua hala di antara wakil rakyat dan pegawai kerajaan dengan penduduk kampung.
  7. JKKK menjadi badan pengerak dan berkeupayaan mengembelingkan tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.
  8. JKKK hendaklah menyimpan segala rekod rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat di dalam kampung dengan mengadakan bilik gerakan kampung yang dilengkapi dengan data, peta, carta dan lain-lain mengenai kampung.