mcmc
Kesihatan

Kesihatan

KLINIK DESA BAHAGIA, NABAWAN

Pengenalan

Klinik Desa Bahagia merupakan salah sebuah klinik desa daripada dua buah klinik desa yang terdapat di daerah Nabawan. Klinik Desa Bahagia ini terletak di Kampung Bahagia yang juga dikenali sebagai Kampung Satu di daerah Nabawan. Klinik ini diberi sempena nama Kampung Bahagia yang mana nama Kampung Bahagia ini telah diilhamkan oleh Tan Sri Said Keruak dari sepohon padi bernama “Bahagia”. Kampung Bahagia ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagia A, B, dan C.

Jarak Klinik Desa Bahagia dari Bandar Keningau adalah 56kilometer sementara jarak klinik Desa Bahagia ke pekan Nabawan adalah 8kilometer. Masa perjalanan yang diambil dari Bandar Keningau ke Klinik Desa Bahagia adalah kurang daripada 1 jam berbanding sebelum jalan raya diturap, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Pada mulanya, Klini Desa bahagia telah dibina pada tahun 1979 dan bangunan klinik Desa yang pertama adalah terletak berdekatan dengan jalanraya besar di bahagian Kampung Bahagia A. Akan tetapi Klinik Desa Bahagia yang pertama telah terbakar pada 25.03.1994.

Pada 17Mei 1995, bangunan baru untuk klinik desa Bahagia telah dibina. Pembinaan klinik ini adalah yang ke-2 selepas kejadian kebakaran pada tahun 1994. Pada asalnya, tapak klinik ini adalah bekas tapak balai raya kampung Bahagia. Klinik ini terletak di tengah-tengah kampung Bahagia yang mana kekal sehingga ke hari ini.

Terdapat 9 buah kampung yang menjadi kawasan operasi bagi klinik desa Bahagia ini iaitu Kampung Bahagia (A, B, C), Kampung Dua (Ria) (A, B, C), Kampung Bansuit, Kampung Kanagasan, Kampung Kalas, Kampung  Katuau, Kampung Pulutan, Kampung Saup dan batu 38 (United Malacca Berhad).

JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH KLINIK DESA BAHAGIA.

Klinik desa Bahagia telah memberikan beberapa jenis perkhidmatan kepada penduduk kampung di kawasan operasinya.

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh Klinik Desa Bahagia ini adalah seperti:

  • Sesi Klinik untuk ibu –ibu mengandung.
  • Sesi klinik untuk kanak-kanak yang berumur 0-6 tahun.
  • Sesi Klinik untuk perancang keluarga.
  • Menyambut kelahiran di klinik / rumah.
  • Membuat lawatan rumah kepada ibu selepas bersalin, ibu antenatal, kanak-kanak cicir pelalian dan timbang, ibu berisiko, perancang keluarga dan pemakanan (KBB).
  • Memberi pendidikan kesihatan.
  • Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit ringan seperti demam yang ringan, gastrik, cirit-birit ringan dan luka ringan.
  • Membantu KK Nabawan melaksanakan lawatan sekolah di SK Bahagia.
  • Melakukan pap smear kepada kaum wanita di semua kawasan operasi (percuma).

 

MASA RAWATAN:

Isnin – Jumaat : Jam 8pagi – 5petang

Sabtu & Ahad : Tutup

Cuti Umum     : Tutup