PERNIAGAAN MENJAHIT MANIK PAKAIAN TRADISIONAL MURUT
| Nama | : Kariah Binti Ambalau |
| Umur | : 55 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Kariah Binti Ambalau merupakan ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak tahun 2014. Beliau menjalankan perniagaan menjahit manik pakaian tradisional murut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli PI, Puan Kariah seorang yang tidak tahu menggunakan kemudahan internet dan tidak tahu cara untuk mempromosikan produk jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau kini boleh menjana pendapatan sendiri dengan menjual hasil jahitan manik pakaian tradisional Murut.