mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Pn Izyani Binti Ansimin

MENJUAL TUDUNG 

Nama : Izyani Binti Ansimin
Umur : 30 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Izyani Binti Ansimin merupakan ahli pusat internet kg. Bahagia sejak 25 Jun 2014. Beliau menjalankan perniagaan menjual tudung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia, Puan Izyani tidak tahu cara untuk mempromosikan produk jualan beliau, selalunya produk jualan puan Izyani hanya dijual kurang daripada sasaran yang di inginkan memandangkan jualan puan ini tidak banyak yang tahu bahawa jualan tudung puan adalah murah serta berpatutan. memandangkan kurangnya promosi maka pendapatan hasil dari jualan tidak banyak yang diperolehi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pusat internet kg. Bahagia bagi mempromosikan jualan puan izyani, beliau kini dapat mempromosi hasil produk beliau melalui whatsapp dan juga facebook. atas segala kemahiran dan teknologi yang dipelajari oelh puan izyani ini maka beliau dapat menjana pendapatan dengan menjual tudung yang diborong oleh beliau dan ini terus meningkatkan pendapatan puan itu sendiri.