mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 2021

Menerima tempahan membuat kek

Nama : CHEN TEK KUN
Umur : 43 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang 

 Puan Chen Tek Kun atau lebih dikenali Puan Elizabeth merupakan ahli Pusat Internet Komuniti Kg. Bahagia sejak 11 Disember 2014. Beliau merupakan seorang usahawan membuat kek. Beliau menerima tempahan kek dari penduduk sekitar Nabawan dan Sook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

 Sebelum penglibatan Pusat Internet Komuniti, Puan Chen Tek Kun tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan jualan beliau. Beliau juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan cara-cara mengambil gambar produk agar kelihatan menarik untuk dipromosikan. Beliau juga terpaksa ke Pekan untuk mencari bahan deko kek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

 Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan perniagaan beliau melalui whatsapp. Beliau juga banyak mempelajari teknik membuat dekorasi kek melalui Youtube. Beliau juga selalu menggunakan kemudahan asas yang disediakan di Pusat Internet. setelah beberapa bulan menjalankan perniagaan melalui penggunaan ict hasil daripada jualan puan telah meningkat daripada mula-mula dahulu.