mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 1 2019

Mahir menggunakan komputer

Nama : Axcil Bin Alex
Umur : 12 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

 

Adik Axcil Bin Alex menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 19 September 2015. Adik Axcil merupakan pelajar tahun 6 pada tahun ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan adik Axcil di Pusat Internet, beliau seorang yang tidak tahu mengenai komputer. Beliau juga tidak tahu nama peralatan dan kegunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia, Adik Axcil rajin mengikuti Kursus Asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Kg. Bahagia. Adik Axcil kini mahir menggunakan komputer dan telah belajar banyak perkara dalam penggunaan komputer dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg. Bahagia untuk mengulangkaji pelajaran.  Adik Axcil juga selalu menjawab soalan pelajaran di www.tutortv.com.my dan ini dapat menambah ilmu pengetahuan adik Axcil dalam bidang akademik.