Perniagaan Produk Kecantikan dan Penjagaan Kulit
Nama | : Norbianah Binti Untong |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Norbianah Binti Untong merupakan ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 11 Disember 2014. Beliau menjalankan perniagaan Produk Kecantikan dan Penjagaan Kulit Wajah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan Pusat Internet, Puan Norbianah kurang pengetahuan cara mempromosikan perniagaan beliau melalui internet. Puan Norbianah juga mendapat pembeli daripada penduduk sekitar Kg. Bahagia sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan perniagaan beliau melalui whatsapp. Beliau juga dapat membuat demo untuk penggunaan produk jualan beliau di Pusat Internet Kg. Bahagia. Beliau kini dapat melebarkan perniagaan beliau ke seluruh Daerah Nabawan.