mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 2 2019

Berniaga Sayap Panggang

Nama : Jehan Binti Asok
Umur : 31tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Jehan Binti Asok merupakan ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 12 Disember 2018. Beliau menjalankan perniagaan menjual sayap panggang di Kg. Bahagia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Puan Jehan kurang pengetahuan cara mempromosikan perniagaan beliau melalui internet. Puan Jehan juga berniaga di kampung Bahagia dan hanya menunggu pembeli datang ke gerai jualan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan perniagaan beliau melalui whatsapp. Beliau juga tidak perlu menunggu pembeli datang ke gerai jualan kerana kini beliau menerima tempahan melalui Whatsapp dan beliau juga membuat penghantaran ke rumah pembeli dengan kadar caj penghantaran yang telah ditetapkan.