Perniagaan Produk Kecantikan dan Penjagaan Kulit
Nama | : Fazli Yasnie |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Adik Fazli Yasni menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 25 Februari 2017. Adik Fazli merupakan pelajar tingkatan 1 pada tahun ini dan merupakan penduduk Kg. Bahagia B.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan adik Fazli di Pusat Internet, beliau seorang yang tidak tahu mengenai komputer. Beliau juga tidak tahu nama peralatan dan kegunaan komputer. Sebelum melibatkan diri ke kelas-kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Kg. Bahagia, adik Fazli meluangkan masa dengan bermain bola.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia, Adik Fazli rajin mengikuti Kursus Asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Kg. Bahagia. Adik Fazli juga suka meluangkan masa di Pusat Internet dan beliau juga suka menonton video cara menggunting rambut di Youtube. Kini dengan usia 13 tahun,Adik Fazli mahir menggunting rambut rakan-rakan sebayanya dan beliau kini pandai menggunakan komputer dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg. Bahagia untuk mengulangkaji pelajaran. Adik Fazli juga selalu menjawab soalan pelajaran di www.tutortv.com.my dan ini dapat menambah ilmu pengetahuan adik Fazli dalam bidang akademik.