mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 3 2019

Menjual anting-anting manik

Nama : Azinekah Ismail
Umur : 27 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Azinekah Ismail telah menjadi Ahli Pusat Internet Kg. Bahagia bermula pada September 2019. Beliau merupakan usahawan tempatan yang membuat anting-anting daripada manik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Puan Azinekah tidak tahu bagaimana untuk memasarkan anting-anting yang beliau hasilkan. Puan Azinekah juga tidak tahu teknik mengambil gambar produk yang cantik dan kemas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan perniagaan beliau melalui whatsapp.  Beliau juga telah belajar teknik cara mengambil gambar dengan betul. Pusat Internet Kg. Bahagia juga telah membantu mempromosikan anting-anting yang dijual oleh Puan Azinekah.