mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 3 2019

Menjual contact lens

Nama : Maslina Binti Yangin
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Maslina Yangin merupakan ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 19 Disember 2018. Beliau menjual contact Lens.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Puan Maslina tidak tahu Pusat Internet boleh membantu beliau mempromosikan jualan beliau. Puan Maslina juga tidak berapa mahir dalam penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan perniagaan beliau melalui whatsapp dan dalam website Myshop.