mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 3 2019

Adik Zakwan celik ICT dan belajar menyanyi daripada Youtube

Nama : Muhammad Zakwan Bin Zain
Umur : 12 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Adik Muhammad Zakwan menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 15 Februari 2014. Adik Fazli merupakan pelajar tahun 6 pada tahun ini dan merupakan penduduk Kg. Bahagia C. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan adik Muhammad Zakwan di Pusat Internet, beliau seorang yang tidak tahu menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu nama peralatan dan kegunaan komputer. Sebelum melibatkan diri ke kelas-kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Kg. Bahagia, adik Muhammad Zakwan meluangkan masa dengan bermain bola bersama rakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia, Adik Muhammad Zakwan rajin mengikuti Kursus Asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Kg. Bahagia. Adik Muhammad Zakwan juga suka meluangkan masa di Pusat Internet dan beliau juga suka menonton video menyanyi di Youtube. Adik Zakwan sebelum ini tidak pernah mengikuti pertandingan menyanyi kini berani menyertai pertandingan menyanyi dan adik Zakwan telah menjadi Johan pertandingan menyanyi di sekolah beliau. Pusat Internet Kg. Bahagia berjaya mencungkil bakat menyanyi adik Muhammad Zakwan.