mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 4 2019

Adik Aeldy Janun Berjaya dalam pelajaran 

Nama : Aeldy Bin Janun
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang 

Adik Aeldy menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 13 Julai 2019. Adik Aeldy merupakan pelajar tahun 6 pada tahun ini dan merupakan ahli pusat Internet Kg. Bahagia yang aktif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sebelum penglibatan Adik Aedly di Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau seorang yang suka belajar sendirian di rumah. Beliau juga tidak berapa mahir dalam penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia, Adik Aeldy rajin mengikuti Kursus Asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Kg. Bahagia. Adik Aeldy juga suka meluangkan masa di Pusat Internet dengan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan dan beliau beliau belajar menjawab soalan-soalan di internet dan membuat rujukan melalui internet.  

Adik Aeldy telah menjadi pelajar Terbaik UPSR Sk. Kg. Bahagia dengan mendapat keputusan 3A dan lulus semua mata pelajaran.