Menjual emas secara atas talian
Nama | : Daisy Yankim |
Umur | : 26 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Cik Daisy Yankim telah menjadi Ahli Pusat Internet Kg. Bahagia bermula pada 19 Disember 2018. Beliau merupakan usahawan tempatan yang berjaya berniaga emas secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, Cik Daisy Yankim tidak tahu bagaimana untuk mencari pelanggan emas yang dijual secara atas talian. Beliau juga tidak mempunyai keberanian untuk mempromosikan hasil jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan perniagaan beliau melalui whatsapp.