mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 4 2019

Menjual dan menjahit manik pakaian tradisi kaum murut

Nama : Zijah Anggau
Umur : 63 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang 

Puan Zijah Anggau merupakan ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 24 September 2019. Beliau seorang usahawan menjahit manik pakaian Tradisi Kaum Murut

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Puan Zijah tidak tahu Pusat Internet boleh membantu beliau mempromosikan hasil jahitan manik pakaian tradisi kaum murut yang beliau telah hasilkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan cara untuk mempromosikan jualan dan mempelajari kursus keusahawanan.