Mahir menggunakan komputer
| Nama | : Revelina Binti Hanit |
| Umur | : 12 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Adik Revelina Binti Hanit menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 16 Januari 2014. Adik Revelina merupakan pelajar tahun 6 pada Tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan adik Revelina di Pusat Internet, beliau seorang yang tidak tahu mengenai komputer. Beliau juga tidak tahu nama peralatan dan kegunaan komputer.
Selepas penggunaanICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas menjadi ahli Pusat Internet Kg. Bahagia, Adik Revelina rajin mengikuti Kursus Asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Kg. Bahagia. Adik Revelina kini mahir menggunakan komputer dan telah belajar banyak perkara dalam penggunaan komputer dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg. Bahagia untuk mengulangkaji pelajaran. Adik Revelina juga selalu menjawab soalan pelajaran di www.tutortv.com.my dan ini dapat menambah ilmu pengetahuan adik Revelina dalam bidang akademik. Adik Revelina juga mendapat keputusan lulus dalam peperiksaan UPSR kerana sebelum ini adik Revelina mempunyai masalah pelajaran dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.