Perniagaan Menjual Kuh Muih ( usahawan )
| Nama | : Juliahtin Binti Asok |
| Umur | : 40 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Juliahtin merupakan ahli Pusat Internet Kg. Bahagia sejak 25 Jun 2014. Beliau menjalankan perniagaan menjual kuih muih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan Pusat Internet, Puan Juliahtin kurang pengetahuan pengunaan komputer dan cara mempromosi melalui internet. Puan Juliahtin juga mendapat tempahan daripada penduduk sekitar Kg. Bahagia sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan kuih muih beliau melalui whatsapp dan akan datang akan mempromosikan di Facebook. Beliau juga mendapat tempahan daripada penduduk luar sekitar Kg. Bahagia. Pendapatan Puan Juliahtin juga boleh mencecah RM 50- RM100 sehari.