Menjual Kropok Jejari
Nama | : Nuramirah Binti Untong |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Cik Nuramirah Binti Untong telah menjadi Ahli Pusat Internet Kg. Bahagia bermula pada 11 Disember 2014.. Beliau merupakan usahawan tempatan berniaga keropok jejari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan Pusat Internet, Cik Nuramirah tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan jualan beliau. Beliau juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan cara-cara mengambil gambar produk agar kelihatan menarik untuk dipromosikan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bahagia, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan penggunaan komputer dan mempelajari kursus keusahawanan. Kini beliau dapat mempelajari cara mempromosikan perniagaan beliau melalui whatsapp, dan juga di Myshop Dashboard Komuniti.