Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malayisa Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence. Hal ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan penduduk luar Bandar dan Bandar. Sebelum ini sebanyak 12 Pusat Internet Fasa Perintis, 73 buah pusat untuk Fasa 1 dan 52 buah pusat untuk Fasa 2 serta 31 buah pusat bagi Fasa Felda telah diwujudkan diseluruh Malaysia. Pada tahun 2013, sebanyak 54 pusat bagi Fasa 4 telah diwujudkan bagi mendekatkan masyarakat luar Bandar kepada penggunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian. Program ini dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision).
Pusat Internet Kg Bahagia merupakan salah satu Pusat Internet yang ditubuhkan bagi Fasa 4, tahun 2013. Pusat Internet ditubuhkan di Kg Bahagia adalah bertujuan untuk mendekatkan masyarakat setempat dengan kemudahan teknologi ICT dan memudahkan urusan harian dengan menggunakan prasana yang disediakan di Pi Kg. Bahagia selain daripada meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. Pusat Internet Kg. Bahagia terletak di kawasan Sekolah Agama Rakyat dan juga Masjid AL-Huda Kg. Bahagia.